Pada suatu ketika, Allah
SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk
mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila
beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk
dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah.
Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa,
mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat
Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan
malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak,
dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu
yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata
Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.
Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau
mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.
Apabila
Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka
akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah
Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat
Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan
engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang
dibenci oleh umat manusia.